Posted by: kamaruzamanomar | November 6, 2008

Berita Baik – KWSP: Pengurangan 3% mulai Januari

KWSP: Pengurangan 3% secara automatik mulai Januari 2009

 

Pengurangan caruman bulanan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 kepada lapan peratus akan dilaksanakan  mulai gaji Januari 2009 sehingga Disember 2010 (selama 2 tahun).

Ini merupakan berita paling baik untuk pencarum. Jadikan pengurangan 3% itu sebagai modal Pelaburan Bulanan anda. Sebagai Contoh, jika gaji anda sebanyak RM 6000.00 sebulan, 3 % itu bersamaan RM 180.00. Dengan ini anda jadikan RM 180.00 sebagai modal pelaburan anda setiap bulan sehingga Disember 2009. Tanpa anda sedari selama dua tahun anda telah berjaya melabur sebanyak RM 4320.00.

Diharapkan anda tidak mengambil kesempatan dengan membelanjakan pengurangan 3% ini tanpa memanfaatkan untuk masa depan anda. Ini kerana dengan 3% ini jika digunakan untuk membeli barangan seharian, apa yang dapat kerana harganya mahal ditambah pula inflasi semasa mencecah 8.5%. Sedangkan 3% ini sebenarnya duit persediaan untuk masa depan kita.

Sekian,

Kamaruzaman Omar

kbo2020@gmail.com

019-2828 264


Leave a comment

Categories