Posted by: kamaruzamanomar | August 16, 2008

Potensi Perniagaan Malaysia-China

Dagangan Malaysia-China dijangka cecah RM182b

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Dagangan dua hala antara China dan Malaysia dijangka mencecah kira-kira AS$55 bilion (RM182.6 bilion) tahun ini meskipun keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng Heng Jem berkata, sasaran itu berdasarkan dagangan dua hala antara China dan Malaysia yang meningkat 26.5 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Tahun lepas, dagangan dua hala antara China dan Malaysia berjumlah AS$46.4 bilion (RM154.0 bilion). Pada kebiasaannya, Guangdong menguasai kira-kira 25 peratus daripada jumlah dagangan antara China dan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini mengenai Persidangan Perniagaan Malaysia-Guangdong China 2008.

Persidangan yang berlangsung pada 12 September ini, dianjurkan oleh ACCCIM bersama pejabat Penasihat Ekonomi dan Komersial Kedutaan China di Malaysia dan Jabatan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Asing.

Heng Jem berkata, ia bertujuan mempromosikan dan menggalakkan perusahaan di Guangdong melabur di Malaysia, dan menambah persidangan itu dijangka menarik kira-kira 700 perwakilan yang mewakili dan 200 perusahaan serta pegawai kerajaan.

“Persidangan ini merupakan platform penting bagi memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara Guangdong dan Malaysia,” katanya.

Heng Jem menggesa perusahaan Malaysia meneroka peluang-peluang di Guandong memandangkan terdapat potensi dalam banyak bidang, termasuk pengilangan, perkhidmatan dan pelancongan.

Guangdong dianggap sebagai pusat proses pengilangan dan eksport yang penting di China, katanya.

Ia mempunyai sembilan tonggak industri iaitu maklumat elektronik, aplikasi elektrik dan mesin, makanan dan minuman, bahan pembinaan, petrokimia, automobil, farmaseutikal, pembuatan kertas, tekstil dan pakaian.

Ditanya sama ada senario politik tempatan menjejaskan minat pelaburan China, Heng Jem berkata: “Berdasarkan penyertaan, terbukti pelabur China masih yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia.”

Beliau juga berkata, kerajaan wajar mengambil langkah berkesan bagi mengawal inflasi dalam bajet yang akan dibentangkan pada 29 Ogos ini serta menggalakkan pelabur asing dan tempatan terus melabur di Malaysia.

Antara langkah yang dicadangkan bagi mengurangkan tekanan inflasi ialah membenarkan trak membawa lebihan muatan bagi mengurangkan kos pengangkutan selain menggalakkan orang ramai menggunakan elektrik di luar masa puncak.

Berdasarkan harga minyak kini pada AS$113.36 (RM376.36) setong, Cheng berkata, kerajaan wajar menyemak semula harga petrol dan diesel bagi mengurangkan beban pengilang dan pengeksport.

– Bernama


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: