Posted by: kamaruzamanomar | August 2, 2008

Pasaran Saham Masih Menarik

PNB: Pasaran sahammasih menarik

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pasaran saham tempatan masih lagi menarik meskipun berada dalam aliran menurun, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Che Othman hari ini.

Pelabur bagaimanapun mesti menggunakan kebijaksanaan mereka dan bersedia pada setiap masa untuk menghadapi serta melalui kitaran keadaan pasaran, kata beliau ketika ditanya pandangannya tentang prestasi pasaran semasa saham tempatan.

Beliau menjelaskan, PNB mampu mengharungi keadaan semasa pasaran saham yang rendah kerana telah membuat persediaan untuk menghadapinya.

Di antara persediaannya adalah menstruktur semula pelaburan dan melakukannya secara lebih kerap, kata Hamad Kama Piah.

”Sebagai contoh, cara kami mewujudkan nilai Kumpulan Sime Darby. Ketika kami melakukannya (penggabungan) Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie, jumlah nilai ketiga-tiga syarikat itu hanya RM24 bilion.

”Namun semasa melancarkan dan menyenaraikan semula kedudukannya, nilai sudah meningkat kepada lebih RM60 bilion,” kata Hamad Kama Piah kepada pemberita selepas melancarkan pejabat Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Hamad Kama Piah juga yakin bursa saham tempatan masih berada pada paras yang kukuh dengan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) melepasi 1,100 mata.

Beberapa kaunter di Bursa Malaysia masih mengekalkan nilai yang baik dan mempunyai asas yang kukuh, katanya.

”Saya sering berkata bahawa ada peluang dalam pasaran kita. Ada beberapa kaunter yang asasnya kukuh tetapi nilainya mungkin rendah sedikit (boleh dilaburkan),” kata beliau.

Terdapat juga kaunter yang nilainya tidak menentu, dan dalam kes ini, ‘kita mesti tunggu dan mungkin bukan masanya untuk membeli’, kata Hamad Kama Piah lagi.

– Bernama


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: