Posted by: kamaruzamanomar | July 14, 2008

Sikitnya Pulangan Pelaburan KWSP ?

Soalan diatas bukan lontaran daripada saya. Ramai yang saya jumpa acap kali bertanyakan soalan yang sama.

Secara peribadi saya tidak tahu mengapa KWSP berbuat demikian dan bagaimana unit trust boleh beri tinggi tuh boleh la saya terangkan secara berdikit. Heiiii ………. after all blog ini insyaallah bertahan lama dan saya akan berikan pengatahuan dan pandangan saya secara berterusan.

Mengapa KWSP berikan pulangan sedikit? …….. Ini pendapat saya. Mungkin KWSP perlukan kecairan yang tinggi dalam simpanannya bagi memberikan peluang kepada pencarum untuk membuat pelbagai skim pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP seperti pengeluaran untuk membeli rumah, pendidikan anak anak atau diri sendiri, membayar rawatan perubatan dan pelbagai lagi.

Walaupun dana yang terkumpul tinggi, KWSP mungkin menetapkan peratusan yang kecil dalam membuat pelaburan ke pasaran pasaran yang telah dipersetujui kerajaan berserta ahli lembaga pengarah KWSP. Selebih dana digunakan sebagai kecairan wang untuk pengeluaran ahli ahli KWSP …… Oleh itu dengan demikian, pulangan dari keuntungan (boleh jadi juga rugi) adalah kecil berbandingan pelaburan secara agresif. Mungkin juga ada sebab sebab yang lain yang kurang diperhalusi saya. Walau bagaimana pun, untuk masa mendatang, saya akan berfikir secara logik kenapa pulangan KWSP kurang berbanding unit saham amanah.

Berbeza dengan unit unit saham amanah (unit trust), bergantung kepada risiko yang anda persetujui bersama ejen anda, sebahagian besar di laburkan kepada saham yang berdaya saing yang dapat memberikan pulangan tinggi dengan risiko yang difamai bersama. Sebahagian kecil wang akan dilaburkan kepada saham yang lebih stabil dan memberikan pulangan jangka panjang. Dengan cara ini dan dengan kemahiran serta pengalaman pengurus dana, pulangan unit unit saham amanah menjadi lebih tinggi.

Walau bagaimana pun, sebenarnya, KWSP telah bersikap adil dengan ahlinya dengan memberikan kebenaran kepada ahlinya untuk membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan melabur kedalam unit unit saham amanah yang dibenarkan. Didalam laman rasmi KWSP (klik sini), KWSP telah menamakan sejumlah pengurus dana yang dibenarkan berurusan dengan KWSP. Di dalam laman itu Public Mutual adalah Institusi Pelabur Dana (IPD) no. 3. (Klik sini).

Dan sekarang terpulang kepada ahli ahli untuk membuat pilihan bijak untuk membuat pelaburan secara bijak bagi menambahkan kantung simpanan hari tua anda.

Berminat nak JADI PELABUR atau AJEN UNIT TRUST ?
Call or sms me at 019-2828 264 ( Kamal )
e-mail : kbo2020@gmail.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: