Prinsip Kos Purata adalah teknik pelaburan tetap yang terkawal bagi meminimumkan kos pelaburan dalam sesuatu unit trust. Pelabur hanya perlu melabur jumlah wang tetap untuk suatu tempoh tertentu. Apa yang berlaku ialah apabila pasaran meningkat maka jumlah unit yang diperolehi adalah kurang, tetapi jumlah unit akan lebih banyak apabila pasaran merosot. Hasilnya, pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata.

Andaikan seorang pelabur menyimpan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh setahun. Bandingkan Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1: Kes Pasaran Menaik

Bulan Harga seunit (NAB) Jumlah Unit
1 0.50 200.00
2 0.53 188.68
3 0.56 178.57
4 0.60 166.67
5 0.62 161.29
6 0.64 156.25
7 0.66 151.52
8 0.67 149.25
9 0.68 147.06
10 0.69 144.93
11 0.70 142.86
12 0.71 140.85

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 1,927.93
Kos purata seunit = RM0.62

Jadual 2: Kes Pasaran Menurun

Bulan Harga seunit (NAB) Jumlah Unit
1 0.70 142.86
2 0.68 147.06
3 0.66 151.52
4 0.65 153.85
5 0.64 156.25
6 0.62 161.29
7 0.60 166.67
8 0.58 172.41
9 0.56 178.57
10 0.54 185.19
11 0.52 192.31
12 0.50 200.00

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 2007.98
Kos purata seunit = RM0.60

Kesan yang dapat dilihat ialah pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata iaitu tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu rendah. Teknik ini tidak menjamin pelabur akan dapat membeli unit pada harga terendah. Tapi yang pastinya, ia dapat mengurangkan risiko pelabur daripada membeli unit pada harga yang terlalu tinggi. Teknik amat sesuai bagi pelabur yang ingin menyimpan secara tetap setiap bulan.