Pada amnya, unit trust boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama:

1. Dana ekuiti. Sebahagian besar aset dana akan dilaburkan dalam saham untuk mencapai pertumbuhan modal.

2. Dana seimbang. Matlamat dana ini adalah untuk mencapai keseimbangan dalam pertumbuhan modal dan pendapatan. Maka dana akan dilaburkan secara seimbang antara pelaburan dalam saham dan sekuriti.

3. Dana bon. Matlamat dana bon pula memberikan fokus kepada pendapatan tetap, jadi sebahagian besar aset dana akan dilaburkan dalam sekuriti.

4. Dana pasaran wang. Pelaburan dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang bagi menjamin pengagihan pendapatan tahunan kepada para pelabur.