Posted by: kamaruzamanomar | July 7, 2008

Harga Jatuh ? Itu Peluang Keemasan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama juga saya tidak bercerita mengenai Unit Amanah. Hari ini saya akan berkongsi sedikit tips yang amat berguna kepada mereka yang mahu melabur dalam Unit Amanah dan tips kali ini juga akan membantu pelabur sedia ada untuk meningkatkan keuntungan dalam pelaburan Unit Amanah.

Sebelum itu, saya mahu bertanya kepada anda. Apa yang anda akan lakukan apabila sesebuah Unit Amanah tersebut jatuh merundum?

Secara ringkasnya, saya simpulkan terdapat 3 kategori pelabur yang akan melakukan tindakan yang berbeza. Tindakan yang dilakukan ini akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. 3 kategori tersebut ialah :-

unit21. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”. Satu konsep yang biasa kita dengar tapi jarang dilakukan. Contohnya :-

Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

Sekarang anda sudah dapat lihat 3 kategori pelabur yang telah saya sebutkan di atas. Jika anda merupakan salah seorang pelabur Unit Amanah, anda tergolong di dalam kategori yang mana satu?

Cukuplah sampai disini mengenai pelaburan Unit Amanah. InsyaAllah kita akan bersambung lagi dengan tips yang lebih menarik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: