Posted by: kamaruzamanomar | November 26, 2008

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP Catat Peningkatan Ketara

KUMPULAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat peningkatan ketara dalam Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku ketiga 2008 berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak untuk pengeluaran itu.

Pada suku ketiga 2008, sebanyak 107,564 permohonan diluluskan untuk pengeluaran berkenaan, meningkat 42.9 peratus berbanding 75,239 permohonan pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol, berkata menerusi pelaksanaan Simpanan Asas di bawah inisiatif strategik Bukan Hanya Simpanan, kini lebih ramai ahli terutama yang masih muda layak memohon Pengeluaran Pelaburan Ahli.

“Simpanan Asas dilaksanakan pada Februari 2008 dengan sejumlah simpanan dalam Akaun 1 ditetapkan mengikut peringkat umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120, 000 apabila mencapai umur 55 tahun. — Bernama


Leave a response

Your response:

Categories