IHP meningkat 8.5 peratus kepada 114.7 berbanding 105.7 bulan yang sama tahun lalu, meningkat 1.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
“Antara faktor penyumbang kepada peningkatan itu ialah kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Julai dan kesan lanjutan daripada kenaikan harga petrol dan diesel,” katanya.
Indeks bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol bagi Julai berbanding bulan yang sama tahun ini menunjukkan perubahan peratusan yang tinggi sebanyak 11.2 peratus dan indeks bagi bukan makanan meningkat 7.3 peratus.
Bagi tempoh antara Januari dan Julai, indeks makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 6.9 peratus dan bukan makanan meningkat 1.0 peratus berbanding bulan sebelumnya.
“Peningkatan 4.4 peratus dalam IHP disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut dan komunikasi, yang msing-masing turun sebanyak 0.6 peratus,” katanya.
Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+ 6.9 peratus); pengangkutan (+ 6.7 peratus) dan perumahan, air dan elektrik, gas dan bahan bakar lain (+ 1.4 peratus).
Kenaikan lain ialah indeks minuman alkohol dan tembakau (+ 7.7 peratus); restoran & hotel (+ 7.0 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (+ 3.4 peratus); perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+ 2.1 peratus); pendidikan (+ 2.1 peratus); hiasan perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+2.0 peratus); dan kesihatan (+ 1.9 peratus).
Tiga kumpulan utama ini, makanan dan minuman bukan alkohol; perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain serta pengangkutan, menyumbang 82.6 peratus peningkatan keseluruhan bagi tempoh semasa.
Jabatan itu berkata, peningkatan bulan ke bulan sebanyak 1.1 peratus adalah akibat peningkatan dalam kumpulan utama iaitu pengangkutan (+2.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+1.5 peratus); haisan perkaksan dan penyelenggaran isi rumah (+1.0 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain; restoran dan hotel dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (+0.7 peratus); kesihatan dan perkhidmatan rekreasi (+0.3 peratus); dan minuman alkohol dan tembakau serta pendidikan (+0.1 peratus).
Sementara itu, indeks pakaian dan kasut serta komunikasi, masing-masing menunjukan peningkatan 0.4 dan 0.1 peratus.
Peningkatan 1.5 peratus dalam indeks makanan dan bukan alkohol pada Julai 2008 berbanding bulan sebelumnya akibat peningkatan dalam indkes makanan di rumah (+ 1.6 peratusan); makanan di luar rumah (+ 1.2 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+ 0.6 peratus).
Antara barangan makanan yang mencatatkan peningkatan ketara pada bulan Julai 2008 berbanding bulan sebelumnya ialah timun (+ 9.4 peratus); daging burger (+ 7.2 peratus); betik (+ 6.1 peratus); ikan selar (+ 6.0 peratus); kacang buncis (+ 5.9 peratus); bijiran campuran (+ 5.9 peratus); buah pir (+ 5.8 peratus); dan bayam (+ 5.2 peratus).
Sementara itu, indeks beberapa barangan makanan didapati turun pada bulan Julai bebrbaidng bulan sebelumnya.
Antaranya ialah kobis panjang (- 5.0 peratust); lobak merah (- 4.2 peratus); kobis bulat (- 3.9 peratus; epal hijau (- 3.3 peratus); dan rambutan (- 2.7 peratus).
Pengkelasan semua barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan bagi indeks barangan tidak tahan lama (+ 2.1 peratus); barangan tahan lama (+ 0.6 peratus) dan perkhidmatan ( + 0.5 peratus); manakala indeks barang semi tahan lama mencatatkan penurunan sebanyak 0.1 peratus. – Bernama