Posted by: kamaruzamanomar | July 14, 2008

ASB vs Public Mutual

OK…jom mulakan cerita pelaburan ni dengan diri sendiri dulu. Sejak kecil lagi parent saya memang dah “paksa” simpan duit. Semua adik-beradik dimestikan buka akaun ASB. Masa tu sekolah lagi. Nak buka akaun asb bukan susah. Pergi je pejabat pos, bawak duit RM100 (minumum). Diorang akan check taraf bumiputera kita dulu. Semua proses tu tak ambik masa lebih dari 20 minit. Kita akan diberi buku pelaburan untuk keep track kita punya simpanan.

Lepas tu tiap-tiap bulan masukkanlah duit dalam akaun tu. Minimum RM1.Tapi takkan bawak singgit semata-mata kan. Bazir tenaga je gi pejabat pos. Lepas bagi duit, pekerja kaunter akan update buku pelaburan kita tadi. Bila kita melabur dalam asb, sebenarnya kita beli unit.Satu unit berharga seringgit. Jadi kalau kita masukan RM1000.. maknanya kita beli seribu unit asb.

Sehinggalah saya dah bekerja, parent masih lagi call tanya dah masuk duit dalam asb atau belum. Bukan apa, diorang takut terlupa. Tapi ada jugak laa skip sebulan dua.

Tiap-tiap awal tahun, masing-masing berebut nak check dividen. Kalau gi pejabat pos atau mana-mana bank (agen asb), beratur panjang. Ada yang nak update buku je. Ada yang memang tak sabar-sabar nak keluarkan duit. Asb untuk bumiputera je. Memang kerajaan menggalakkan kaum bumiputera melabur sehinggakan ada dana khas untuk bumiputera. Tapi ada limit pelaburan iaitu RM200,000. OK..kat bawah ni list of dividen dan bonus yang pernah kita dapat.

2002 9.0%
2003 9.25%
2004 9.25%
2005 9.25%
2006 8.55%

Saya teruskan pelaburan dalam asb hinggalah tahun lepas(2006) baru tahu pasal unit trust. Selama ni tahu asb je.. :P Hehehe…kesian. Lepas tu cari la maklumat pasal unit trust pulak. Compare punya compare, memang Public Mutual paling best. Dia punya pulangan tiap-tiap tahun memang tak pernah tak bagi dan jauh lebih baik dari asb. Nak melabur dalam unit trust Public Mutual ni pun tak susah. Kita perlu cari agen yang nak tolong kita monitor pelaburan kita tu. Dan kita perlukan permulaan pelaburan sebanyak RM1000 je . Bulan-bulan kalau nak tambah lagi pun boleh masukkan minimum RM100. Tapi saya nasihatkan buat auto-debit @ standing instruction. Maknanya kita bagi arahan kat bank simpanan kita supaya tiap-tiap bulan transfer duit kita ke unit trust. Jadi tak perlu susah-payah beratur kat kaunter setiap kali nak melabur dan dalam masa yang sama kita mendisiplinkan diri untuk simpan duit.

Ni jumlah pulangan salah satu dana, Public Ittikal.
1 tahun 45.01%
2 tahun 61.36%
3 tahun 79.68%
5 tahun 152%
10 tahun 238.41%

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: